Pages

10/3/11

suara hatiku berharap........

Aku tidak BERHARAP untuk menjadi orang yang TERPENTING dalam hidupmu...kerana itu merupakan permintaan yg terlalu besar bagiku..aku hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku...kau akan TERSENYUM dan berkata:

"Dialah orang yang selalu MENYAYANGIKU''..


 
Dan aku jua…………



Aku sering memasang angan2 dan sering membayangkan  untuk mencipta istana yang tersergam indah.Dia sebagai PUTERA dan aku sebagai PERMAISURI hatinya...Biarpun istana indah  kami hanyalah TERATAK USANG yang kecil,,, kerna aku tahu bahagiaku ada disitu.Yang dinanti bukanlah lamaran dengan emas dan juga batu permata cukuplah hanya akad dan janji setia untuk bersama hingga ke akhirnya...Andai  kata yang akan terjadi tak sama dengan apa yang aku harapkan... aku tetap redha ketetapan Mu….

9/26/11

berselawatlah kamu syg.....


Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat…


1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali,
nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.
Wallahu a’lam..

9/12/11

pe yg ku pinta & ku dambakan

Saat aku mulai mencintai seseorang….aku ditinggalkan
Saat aku sangat mengharapkannya….dia menghilang
Ketika aku mulai merasakan bahagia….aku dicampakkan
Ketika aku sangat memerlukannya…dia memilih yang lain

Selalu aku berdoa kepada yang Maha Esa..smoga dikurniakn seorang insan dijiwa tempat untuk ku curahkan segala rasa..perasaan yang tersimpan seribu satu makna dikala aku keseorangan dia penghibur dan jua peneman hati yang satu...smga  tidak ada kesepian duka,lara dan jua keresahan..

Ya Allah…
TIDAK KU PINTA YANG MENAWAN
TIDAK KU HARAP YANG HARTAWAN
BUKAN JUA KERNA KEDUDUKAN
CUMA KU DAMBA INSAN YANG SEPADAN


Kasihnya sejati bukan keterpaksaan.. biarpun derita yang menjadi rintangan ketulusannya yang tiada bandingan...

8/25/11

nie la jawapan die....

JWPN YG SESUAI BILA DITANYA TTG PERKAHWINAN:

Knape lmbt kawen..?
Krn Allah tahu msa yg t'baik utkku ~

Dah brpunya . .?
YA..krn setiap Org teLah ditetapkan jOdOh masing² ~

-Siapa. .?
Nanti akn prkenaLkan ~

Bila. . ?
 BiLa kami dah di ijabkabuLkan OLehNya ~

Insya Allah~ jemput dtg ke waLimatul urusku nanti ~

Jgn sLaLu brtanya biLa org tu nak kawen krn semua rahsianya t'Letak di tgn ALLAH, kita hanya mampu merancang tetapi Dia sahaja yg menentukan, sampai ms Dia akan mmbOngkarkannya jua ~ =)


8/24/11

...tak taw...nk ckp pe....


Akhirnya..Ramadhan hmpir mninggalkan kita…mungkinkah ramadhan akan dtg masih kite punye kesempatan???.... Da dkt rayed a upenya… tp aku de trasa ckit la…trasa ape??trasa bhagia..bhgia kerana hosemate aku bakal bertunang…pas raye nie..aku doakn smga tiada ape2 yg buruk blaku..and lg sorg da jd tunang org… aku doakan bt hosemate ku smga hbgan kalian akan berakhir ke jinjang pelamin n akan berkekalan sehingga ke akhir hayat..amin…..
aku???hehehhe sape suh ko xde pakwe..padan muka aku kn??hehehehehe… raye kali nie ntah raye yg ke berapa ntah aku kena beraye ‘sorg2’…aku pom da x kire….terasa la gak kn tgk kwan2 laen de partner msing2..aku lak still jd lone ranjes….nk wt cmne kn..? di bulan yg mulia nie…doakan tok aku..smga bertemu jdoh cepat n tepat…..amin..smga raye thun dpn aku dpt beraya ngan insane baru….Dan dikesempatan nie aku ingin menyusun 10 jari jika de tkasar bhasa  n laen2 yg TER2… ampun dan maaf dipinta…



8/2/11

ramadhan menjelma kembali.....


Alhamdulilah..umurku masih dipanjangkan lagi oleh Nya taun ni utk berpose…
Sedey lak asenyer berpose dirumah bujang….1st pose…sahur..berbuka… seedeeey nyer…terasa nk sgt berada di smping fmly..tp apakan daya kerana kini aku brada jauh berkelana mencari sesuap rejeki…
Sib beik la aku dapt hosemate yg sengal terlampau…dpt gak la lupakan seketika kerinduan di kg… dengan keriuhan
1st sahur kitorg best…masak nasi goreng n sambal kerang…name je umh bujang tp masak mengalahkan umh family…kol 4.30 kitorg ‘3bradik’ bgun msk sahur..tong..teng…kong..kreng…mcm2 bnyi…mengejutkan umah2 yg laen..hehehe..nk wt cmne..sape suh taruk kitorg kt tingkt paling atas kan?? Nasib la.. sape yg jd jiran bawah blok aku tu…. Mmg x dpt tido ngan aman la..bgun je ktorg mmg riuh rendah la dibuatnyer..
1st berbuka lak membe aku masak simple2 je…goreng ikan…sayur lemak lobak putih…telur masin..bab tlur masin nie yg de history die…membe aku c timi lupe nk tutup api telur tu pas 2 kitorg ‘3bradik; p bazaar ramadan kt kerteh..setibanya dirumah aku smell samting dr dapur ….maka jadilah telur rebus msin hngus…sib beik benda laen yg x hangus,lau x parah la…myb pas nie akn buat ktorg bhati2 sblm kuor pastikan sume api kt dapur di off….
Pas berbuka ktorg p terwih…pas blik terawih masak nasi tok sahur…argggghhhhhhhhhhh penatnyer… 2 bru 1 hari ktorg mask…bygkan mak kite yg hari2 msak tok kite…pernahkah kite tpikir bhawa die mmg sgt penat tp dek krana kasihkan kite die sgup bgun masak tok kite….pe2 pom,,air tgn mak sgt megik… kemna pom kite pegi..kite ttp akan ingt…msakan mak n kite jga akn slalu bandingkan maskan org laen ngan mak kite….
…pe2 pom…aku nk ucapakn kt korang sume slmat bpose n slmat bterawih ye,,,jgn nk ponteng2…