Pages

12/13/10

tabahkan aty ku....


Dalam kita melangkah,terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,hingga kita terduduk menangis…….
Peritnya terasa,tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri,...kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita,menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak,
lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan,
dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman…….

12/5/10

aku cemburu..meskipun kau bukan milikku!!!

Sesekali hati bertanya,siapakah dia di hatiku? Angin lalu bagaikan menggamit aku ke memori silam. Tempat ini pernahku kunjungi suatu masa dahulu. Suatu masa dulu?? Cm lame jer bunyi nyer…Ya!! Tempat inilah dan insan itulah yang hadir tatkala aku hampir ketandusan, menongkah arus yang bagai tiada berpenghujungnya. Aku pernah hadir di dalam hatinya, pernah sebati di jiwanya, dan pernah mendambakan cintanya. Ah..rindu bila berpisah sesaat denganmu, apatah lagi buat selama-lamanya. Bisakah hati menanggung lagi cinta yang semakin pudar di hatimu?dan semalam tempat itu aku kunjungi lagi dan kali ini kau bukan dgn ku lg…dan aku jua bkn dgn mu…di kejauhan aku melihat kau sdg ketawa meniti bahagia…sdgkan aku???aku disini menangis sepi…
Aku bingkas bangun tanpa kau di sisiku. Percayalah, tanpamu, aku masih mampu meneruskan tinta-tinta kehidupan….. 

*****tak ada kaitan antara yang hidup dan mati.. antara yang buta dan celik.. rekaan semata2 berdasarkan pengalaman dr setiap liku-liku hidup yang pernah aku tempuh..